Bagaimana untuk rancang "Wedding on Budget" 2021

Bagaimana untuk rancang "wedding on budget" (5 Tips Untuk anda)

Perbelanjaan yang biasa rakyat Malaysia yang ingin melansungkan perkahwinan adalah  sekitar RM15,987 minimum. Itu merupakan satu jumlah yang besar pasca pandemik. Ramai bakal pengantin baru memilih untuk mengurangkan kos untuk perkahwinan agar dapat memanfaatkan setiap perbelanjaan mereka kelak

Adakah anda tahu bahwa anda masih mampu untuk mendapatkan majlis yang bakal diingati dengan "wedding on budget"?

Tips untuk rancang "wedding on budget" anda dari Arties Bridal & Catering

1)Hari Bekerja bukan Weekend

·         Kebanyakan kadar sewa untuk "venue" seperti dewan atau ruang majlis akan memberikan diskaun yang tinggi sekiranya anda memilih untuk menjalankan majlis perkahwinan anda pada hari Isnin sehingga Jumaat dan bukan pada Sabtu dan Ahad. Sewa dewan atau ruang majlis merupakan salah satu penjimatan yang paling ketara anda akan dapat dalam budget majlis perkahwinan anda

2)DIY "Doorgift" atau Hadiah tetamu

-Mulakan untuk kembangkan kreativiti anda dalam membuat doorgift untuk menhargai tetamu yang hadir untuk majlis perkahwinan anda. Tiada yang salah atau betul untuk menjadikan doorgift anda sesuatu yang istimewa untuk dibawa pulang tetamu

3)Kenali bakat luar biasa

-Pastinya anda kenal dan pasti siapa dikalangan rakan dan keluarga anda yang mempunyai bakat yang luar biasa untuk membantu anda dalam majlis perkahwinan anda seperti "jurugambar amatur" atau MC majlis anda nanti. Bincang dengan mereka yang boleh bantu anda dengan bakat luar biasa mereka dan pastinya dapt menjimatkan budget perbelanjaan majlis anda


4)Pelbagaikan kuih-muih untuk pencuci mulut

-Tempahan tambahan untuk pelbagaikan kuih-muih untuk tetamu sangat membantu untuk menjimatkan perbelanjaan anda.Sediakan satu ruang khas untuk tetamu menikmati kuih-muih yang pelbagai dengan vendor kuih yang berpatutan. Kek brownies atau kek yang dipotong juga sangat berkesan untuk memaksimakan bilangan untuk tetamu.

5) Pakej "Wedding on budget" dari Arties Bridal & Catering

-Kenapa perlu belanja lebih musim pandemik ini? Kini dengan Pakej Lengkap dari Arties Bridal & Catering anda boleh jimat sehingga 30% untuk sewa dewan berhawa dingin. Nak tahu details boleh lihat posting dan video kami di


 Facebook            : https://www.facebook.com/artiesbridal

Instagram            : https://www.instagram.com/artiesbridal_showroom

Youtube               : https://www.youtube.com/channel/UCULi-gilV_ch5c8oWYoGxzw

Kini anda pastinya mampu untuk mendapatkan sebuah majlis yang bakal diingati seluruh keluarga dan rakan-rakan dengan penjimatan yang hebat





























0 Comments