Ini Cara Semak Dan Mohon Pembayaran Bantuan Prihatin Bermula Esok (1 April 2020)
Umum ketahui bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional untuk membantu meringankan beban rakyat dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima bantuan.
Pastinya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat yang lalu membuatkan anda tersenyum gembira dan tertanya-tanya cara untuk membuat permohonan bantuan tersebut, bukan?
Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pada bulan April dan Mei. Pastikan anda menyemak dahulu kelayakan anda seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Bagi anda yang belum berdaftar, anda boleh membuat permohonan baharu mulai ESOK 1 April 2020 menerusi laman sesawang rasmi LHDNM pada pautan di sini. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja
0 Comments